Wednesday, September 2, 2009

- Panduan Penyusuan Bayi -

Artikel aku cedok dari blog http://amsyarwafiq.blogspot.com untuk panduan aku.. dan sesiapa yang berkenaan... bagus panduan yg diberi buat sumer ibu² yang giat menyusukan bayi anda...
Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan. Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.


Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu :


1. Susu akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan.

2. Bayi dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuangdalam masa 48 jam selepas lahir.

3. Berat akan berkurang 7 - 8 auns.

4. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawalsejumlah besar cecair ketika ini.
5. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara

sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru

lahir dan menyediakan antibodi yang penting.

6. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi

akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.

7. Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa
'lain',lebih panas, penuh dan berat.

8. Anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu
matang, berwarna kekuningan).

9. Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan

lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

10. Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan
perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara.

11. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara

kedua.

12. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua

masa menyusu di antara kedua-dua payudara.

13. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua

payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja.

14. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu Bayi yang

baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam.

15. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih.

16. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu

setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam.

17. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi

anda tidak akan bertambah berat badan.

18. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.

19. Apabila susu anda telah ada.
20. Payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas

penyusuan.

21. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi

menyusu di payudara lain.

22. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'.

23. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar

serentak.

24. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk

jarum ketika susu keluar. - ummiamsyar alami sendiri..nk tau rasenye, alami lah sndiri... :)

25. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.Perhatikan

pengeluaran air kencing dan najis bayi.

26. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan
berapa banyak bayi anda menyusu.

27.Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap.

ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran.

28. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan
kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau
kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk.

29. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu'

berwarna kekuningan dan berbiji.

30. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan
mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa

minggu pertama.

31. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang

mencukupi.

32. Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali

sehari kerana dia hanya menerima kolostrum.

33. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam.

34. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering.

35.Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda.

36. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau.
Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang

mencukupi.
37.Cuma nasihat saya, berpegang pada prinsip, Mind over Mental..apa yang kita

nak lakukan adalah yang terbaik untuk anak kita..Jangan ambil kisah sangat dengan kata-kata orang lain sebab bayi itu bayi kita.Kita yang

menngandungkan, kita yang melahirkan.Kita yang ada hak nak tentukan.



semoga dengan kupasan yg ringkas dan padat ini dapat mmmberi manfaat kepada pembaca...

regards;
ummiamsyar