Wednesday, February 8, 2012

TEMPURUNG BUAT IBU DAN BAPAK

Mulanya mereka tidak terlalu rusuh dengan kehadiran ibu tua itu. Sebagai seorang anak yang dilahirkan dari rahim ibunya, Hasan tidak tega membiarkan ibunya hidup terpisah semenjak bapak Hasan meninggal. Isterinya juga tidak keberatan, apalagi perempuan itu merasakan sangat besar kegunaan mertuanya di rumah. Ibu itu masih boleh membantu-bantu kerja-kerja rumah tangganya sehingga tertolong sedikit walaupun dia tidak punya pembantu.

Namun semenjak hamilnya makin besar dan dilihatnya si ibu mertua tambah mendecing-decing batuknya, dadanya kian kempis dan pernah memuntahkan darah, Nazulah mulai bingung. Kalau ibu yang sakit paru-paru itu tidak akan diungsikan, maka iakhawatir penyakitnya akan menular dan membahayakan anaknya yang akan lahir.

Maka, setelah merasa hampir dekat melahirkan, Nazulah berkata kepada suaminya, "Bang, sakit Ibu ternyata penyakit yang menular. Jadi kita harus mencari jalan supaya anak kita nanti jangan bergaul dengannya. "

"Hasan terkejut mendengar bicara isterinya ini. "Maksudmu?"

"Kita harus berpisah dari Ibu," jawab Nazulah.

Hasan termenung mendengar permintaan isterinya. Sebetulnya ia merasa berat terhadap ibunya. Namun, kerana Nazulah mendesak terus dan ia menganggap alas an isterinya cukup kuat, terutama demi anak mereka, maka Hasan membuat pondok kecil di pekarangan belakang rumah. Dengan perasaan yang masygul ia menyuruh ibunya pindah, tinggal di gubuk itu.

Ibu itu adalah seorang mertua dan nenek yang baik. Ia tahu diri. Ia menganggap umurnya adalah sisa-sisa kesenangan hidup yang pernah dinikmatinya. Maka tanpa sedih sedikit pun ia pindah ke pondok itu.



Mula-mula segala keperluan perempuan itu masih diperhatikan sekali. Namun, sesudah anak mereka makin besar, Hasan dan isterinya hanya mengingat Maqbulah, anaknya. Seluruh perhatiannya Cuma ditumpahkan kepada anak yang manis dan pintar itu. Sampai nasib ibu tua yang di pondok itu sering terlantar. Piring dan gelas buat makan atau minumnya sudah lama pecah, tapi Nazulah lupa menggantikannya dengan yang lain. Sehingga untuk makan dan minumnya si nenek terpaksa mencari tempurung kelapa.

Adapun Nazulah sama sekali melarang anaknya dekat-dekat dengan pondok yang terdapat di belakang rumah. Dalam usia tiga tahun itu, Maqbulah tidak yahu bahawa yang tinggal di gubuk tersebut adalah neneknya sendiri. Seba ia akan dimarahi oleh bapa dan ibunya kalau bermain-main mendekati tempat itu.

Namun, pada suatu hari Maqbulah berjaya menyelonong ke sana, kerana kebetulan hari itu bapa dan ibunya tiada di rumah. Dengan mengendap-endap ia mengintip melalui lubang pintu. Dilihatnya ada seorang perempuan tua sedang duduk di atas pelamin rombeng. Rambutnya sudah putih semua dan badannya bongkok.

Dasar Maqbulah seorang anak yang berani, menyaksikan pemandangan itu bukannya takut, malah dia gembira. Dengan mulutnya yang kecil itu ia memanggil-manggil.

"Nek, nenek tua, bukakan pintu, Nek."

Alangkah gembiranya wajah nenek itu di dalam gubuknya. Tiba-tiba darah segar membesit memerahkan warna mukanya. Matanya bersinar lantaran suara itulah yang selama ini di rindukannya. Sambil terseok-seok ia berjalan ke pintu, lantas di bukanya.

"Siapa kamu, Nak?" Tanya nenek itu.

"Bulah," jawab si gadis cilik.

"Oh, cucuku. Dimana bapa dan ibu kamu? "

"Pergi," sahut Maqbulah.

"Pergi ke mana?" Tanya si nenek tambah gembira.

"Jauh," jawab Maqbulah. "Saya ingin masuk, Nek."

Betapa bahagianya nenek itu dapat menggandeng cucunya memasuki pondok tersebut. Hingga tengah hari Maqbulah bermain-main di situ. Rupanya anak kecil itu haus. Ia merengek kepada neneknya, "Nek, minum."

Si nenek mengambil tempurung kelapa. "Nenek tidak punya gelas. Nenek hanya punya itu buat minum. "

Gadis kecil itu hairan. "Memang nenek ini siapa sih, tidak punya gelas?"

"Aku adalah nenekmu, ibu dari bapa kamu."

"Kenapa tidak punya gelas?"

"Orang tua tidak boleh pakai gelas."

Demikianlah, ketika sudah puas bermain-main di situ, Maqbulah meminta izin untuk pulang. Untung waktu itu Hasan dan isterinya belum kembali. Jika sudah, pastilah si nenek yang akan di marahi. Peristiwa itu sudah dua hari terjadi apabila mereka bertiga berjalan-jalan melihat bandar.

Pada suatu tempat di pinggir jalan, ada longkang kotor. Di dalam longkang tersebut ada sebuah tempurung kelapa yang tersangkut di pinggir. Melihat tempurung ini Maqbulah memaksa-maksa minta diambilkan. Setelah Hasan mengambil tempurung itu dan dibersihkan, Nazulah bertanya kepada anaknya, "Buat apa Bulah meminta tempurung?"

Tanpa berfikir si cilik menjawab, "Bakal tempat minum Ibu kalau Ibu sudah tua."

Terkejut Hasan dan isterinya mendengar jawapan ini. Mereka bertanya, "Mengapa begitu?"

Maqbulah menjawab, "Nenek Bulah yang tinggal di gubuk itu juga di kasih makan dan minum pakai tempurung. Entar kalau Bulah sudah besar dan Ibu sudah tua, Bulah akan kasih tempurung buat Ibu dan dibikinkan gubuk buruk buat ibu. "

Mendengar jawapan ini sedarlah Hasan dan Nazulah akan kelakuan mereka. Tiba-tiba mereka takut akan anacaman Tuhan bagi anak-anak yang derhaka. Maka semenjak itu berubahlah sikap mereka terhadap orang tuanya. Diajaknya nenek itu berkumpul kembali bersama mereka di dalam rumah yang penting, sambil diberi rawatan dan perubatan agar penyakitnya sembuh.

Dengan demikian terhindarlah keluarga itu dari malapetaka di belakang hari kalau sampai mereka tidak berhenti dari perlakuan derhaka terhadap orang tua sendiri. Dan yang menyedarkan mereka justru seorang anak kecil yang manis, sebab anak kecil ini telah dididik dengan akhlak yang baik sesuai dengan ajaran agama. Berarti agamalah sebetulnya penyelamat yang pasti bagi kehidupan agar sentiasa sejatera.



Tuesday, January 24, 2012

Terung Yang Haram..

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi. Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.
Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?
Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan. Dia memilih untuk mencuri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.
Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.


Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya. Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.
Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal. Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus. Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.
Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.”
Pakcik perempuan itu hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”
Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya bertanya, “Mahukah engkau makan?”
Dia menjawab, “Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.
Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”
Tinggalkan yang Haram
Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam ”muzakarat”nya. Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”
Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas. Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak, ”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).

Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”
Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”
Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”
Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring