Wednesday, March 17, 2010

Merancang Keluarga

Salam.. tengah sibuk bekerja yer... hehehe.. jalankan tugas sebaik mungkin yer... aku bersiaran dari rumah nie.. terpakser mencutikan diri.. Semalam pon aku anak beranak jer tido kat umah.. En. Ady tido umah papa.. (my FIL of course!) sebab papa ada appointment kat spital arinie.. pagi2 buta.. kul 8.00 pg tak silap aku.. papa perlukan seseorang utk drive keta coz nanti doc akan enjet ubat kat dia yg akan membuatkan dia mengantuk.. maka sebab itu khidmat En. Ady amat diperlukan.. dan lepas tu nanti... spt yg telah dirancang... En. Ady akan pulang secepat mungkin so that we can proceed to the LPPKN utk amik perancang... cukup dulu tiga org kan.. bukan per.. yg amat merisaukan aku.. sbb dah 2 org kuar tingkap.. dan adalah agak merbahaya jika aku terlekat lagi dlm maser terdekat nie... so.. kena lar amik langkah berjaga2 kan...

Aku yakin most of my readers adalah mommies yg jelita dan come lote.. nak tanyer skit.. korang merancang?? Kaedah aper yg korang guna untuk merancang sebaiknya.. Sebenarnya ada byk cara merancang keluarga di luar sana.. cuma terpulang pada kita untuk memilih yg bersesuaian dan selesa buat kita... Sebagai panduan aku buat sedikit searching berkenaan merancang keluarga.. Sila baca hasil godekkanku melalui PakCik Google..

Kenapakah kita perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:

•Berumur diantara 20 dan 35 tahun
•Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
•Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
•Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
•Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada:

1.Kaedah semulajadi
◦Kaedah masa subur
◦Suhu badan asas
◦Kaedah cairan dan lendiran faraj
◦Kaedah gabungan
◦Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan


2.Kaedah halangan
◦Kondom
◦Topi servik
◦Diafram


3.Hormon
◦Pil
◦Implan
◦Suntikan


4.Alat dalam rahim


5.Kaedah kekal
◦Ikatan tiub fallopian/peranakan
◦Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Faedah merancang keluarga:

•Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
•Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
•Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini
•Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
•Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Kaedah Sesuai?

Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:

•Umur wanita tersebut
•Taraf kesihatan
•Keberkesanan kaedah
•Kaedah yang disukai individu
•Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?

Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.

Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:

•Dalam masa 7 hari selepas haid normal
•Dalam masa 7 hari selepas keguguran
•Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
•Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
•Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
•melakukan ujian kehamilan air kencing atau
•tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)

Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
1.Hormon (pil)
◦Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
◦Selepas keguguran- mulakan serta merta
◦Selepas kelahiran :-
■Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
■Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika
berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula


2.Suntikan hormon
◦Mulakan dalam masa 7 hari haid
◦Mulakan serta merta selepas keguguran
◦Selepas kelahiran
■Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
■Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak


3.Alat dalam rahim
◦Semasa haid
◦Serta merta selepas keguguran
◦6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks


4.Kaedah kekal
◦Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
■serta-merta selepas melahirkan atau
■6 minggu selepas melahirkan atau
■Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
■Bila-bila masa


◦Lelaki (Vasektomi)
■Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan?
Keberkesanan Pil perancang yang digunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormon paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)
•Lambat memulakan
◦Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.


•Terlupa 1 pil
◦Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.


•Terlupa 2 atau lebih pil
◦Gunakan kondom untuk selama 7 hari
◦Ambil pil hormon
◦Kira berapa bilangan pil hormon yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormon progestin ? (cth, Noriday)
Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Dimanakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Bagi mendalami lebih lanjut aku baca pula artikel yang dipetik dari Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim dari Pusat Racun Negara:

* Mengelakkan daripada melakukan persetubuhan
Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan.


* Azal
Di mana, suami mencabut zakar dari faraj sebelum pengeluaran air mani (ejakulasi). Kaedah ini dikatakan diamalkan sejak zaman dahulu kala lagi.

Bagaimanapun, keberkesanan sangat bergantung kepada keupayaan suami untuk melakukannya. Dengan teknik yang betul, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.


* Kaedah semula jadi
Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan subur (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah iaitu kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus serviks dan kaedah simptomtermal.


* Penyusuan ibu
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami kerana ia menekan proses ovulasi (ovari dihalang daripada menghasilkan telur). Kaedah ini juga merupakan antara yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Jika penyusuan dihentikan atau wanita telah mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.


* Pil
Sejak penemuannya sekitar tahun 1960-an, kaedah ini merupakan yang paling popular di kalangan wanita sebagai langkah pertama mencegah kehamilan.

Pil-pil mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Malah, pil kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial.

Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung.

Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser buah dada atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut.

Antara kesan sampingan yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian buah dada, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah.

Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen.

Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian buah dada.

Adalah dianggarkan sebanyak 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.


* Kondom
Kondom sama ada getah, plastik atau membran semula jadi patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida.

Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom.

Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunakan kondom pada waktu melakukan hubungan seks.

Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh dikitar semula.

Hanya tiga hingga lima peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


* Spermisida faraj
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet - mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur.

Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi.

Oleh itu, ia mesti digunakan secara bergabung dengan kaedah kontraseptif lain.

Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label.

Spermisida hendaklah dibiarkan berada di dalam faraj selama enam hingga lapan jam tanpa dibasuh selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati.

Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.


* Diafram
Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus.

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut.

Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma.

Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam pertama.

Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik.

Adalah dianggarkan, sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


* Penghalang serviks
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu.

Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks.

Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi.

Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk.

Sebanyak sembilan peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.


* Span
Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke rahim.

Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks.

Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.


* Suntikan progestin dan progesteron
Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera.

Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron.

Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan.

Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin.

Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3 peratus (3 dalam 1,000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


* Implant Norplant
Implant Norplant adalah hormon progestin sintetik terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis).

Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas.

Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun.

Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1 peratus (1 dalam 1,000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


* Instrauterin (IUD)
Alat anjal berbentuk `T' ini dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin.

Terdapat dua jenis IUD:

n Paragard Copper T 380A yang melindungi daripada kehamilan selama 10 tahun.

- Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.

Dianggarkan, antara tiga hingga lima peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


* Pembedahan (ikat)
Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi.

Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri.

Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil dan amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma atau telur.


Seperti yang telah kita baca di atas Dr. Murizah Mohd Zain Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah pula menerangkan bahawa
berbagai-bagai kaedah merancang keluarga seperti penggunaan pil perancang, alat dalam rahim, kaedah suntikan dan kaedah “barrier” seperti kondom dan diaphgram. Kaedah seperti pengiraan waktu subur dan azal walaupun lebih natural, tetapi peratus kegagalan kedua-dua kaedah ini adalah lebih tinggi.

Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.

Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.

Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.

Implanon boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 200 manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.

Dari segi hukum, setiap perancang keluarga yang tidak memudaratkan kesihatan ibu atau bayi adalah harus, justeru itu implanon adalah termasuk dalam prinsip umum tersebut. Implanon adalah satu alat perubatan dan ia bukanlah susuk seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Beliau boleh dihubungi melalui e-mel murizahz@hotmail.com.

Artikel2 di atas aku rujuk dari:
http://www.myhealth.gov.my
http://mmczone.multiply.com
http://ismakedah.wordpress.com


2 comments:

nadja said...

hie.. rasa nya pil tuh berkesan.. tapi aper salahnya kalau dah rezeki tuh tuhan nak bagi lagi pun anak yang awk mungkin dah 2-3 taun kan.. tapi untuk sayer memang merancang jarak 2 tahun..

aiDieNa said...

Rezeki mmg tuhan bagi.. agreed.. tapi kita berusaha utk yg terbaik.. saya dah ada 3 org puteri.. setahun sorang.. rasanya buat masa nie hold sekejap.. lagipun 2 org kuar ikut tingkap.. kesihatan kena jaga juga pasal tu perlu utk rancang kelahiran seterusnya..