Friday, December 24, 2010

**Sebab-Sebab Kemandulan Seorang Wanita**

Kemandulan di kalangan wanita boleh dibahagikan kepada 4 bahagian.
1) kemandulan disebabkan oleh penyakit dalam faraj
2) penyakit dalam rahim
3) penyakit dalam saluran fallopian
4) kegagalan ovulasi (pengeluaran benih)
 Penyakit-penyakit dalam faraj dan pangkal rahim penyakit yang berlaku dalam faraj misalnya jangkitan kuman khususnya kuman 'monillia' (sejenis kulat) , 'trichomonas' dan lain-lain bakteria boleh menyebabkan kemandulan. penyakit kuman ini biasanya menyebabkan perubahan dalam lendir faraj. keadaan begini mungkin memusnahkan setengah daripada benih lelaki kerana keadaan lendir yang wujud tidak sesuai bagi benih-benih tersebut. penyakit yang berlaku pada pangkal rahim dan menyebabkan saluran pangkal rahim itu tertutup akan menyebabkan kemandulan. keadaan ini boleh berlaku jika timbulnya satu tumbuhan di hadapan pangkal rahim atau pangkal rahim itu menjadi rosak dan tertutup (stenosis) selepas menjalani sesuatu pembedahan seperti 'amputation of cervix'. lendir yang terdapat pada saluran pangkal rahim mempunyai peranan yang penting dan aktif dalam percantuman benih lelaki dengan benih perempuan, bukan hanya satu saluran yang pasif. lendir tersebut dipercayai mengambil peranan dalam pengangkutan, penyimpanan, perlindungan serta memperkuatkan tenaga benih-benih lelaki sebelum bergerak menuju ke kilang telur. kadangkala terdapat gangguan dalam bentuk lendir tersebut kerana keadaan tidak seimbang dalam kandungan hormon pesakit itu. keadaan ini boleh mengganggu peranan yang dimainkan oleh lendir saluran pangkal rahim. keadaan begini sering timbul dalam penyakit 'cervical erosion'. jangkitan kuman (cervicitis) juga boleh mengganggu keadaan lendir itu, dan seterusnya menimbulkan kemandulan.

No comments: