Wednesday, August 20, 2008

- IstiMewaNya WaNiTa -

Ramai dari kita merungut susah jadi wanita, lihat saja peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan kurang daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tidak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya ramai antara kita tidak henti² menyuarakan Hak Sama Rata untuk WANITA

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapitahukah bahwa setiap saat kita didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika kita mati kerana melahirkan adalah syahid dan surga menanti kita.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH !

Demikian sayangnya ALLAH pada wanita.

Ingat firmanNya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka. (beriman ala barat) Yakinlah, bahawa sebagai zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum buatan manusia.

Jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah S.A.W. pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu (gentle) terhadap isterimu. Adalah sabda Rasulullah bahawa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, jaga dan didiklah dia menjadi muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya. (untuk anak lelaki pula dengan kaedah berbeza). Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk ekspresi kurang senang di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya syurga menantimu...

Sumber: Email dari yahoogroups

- LI'AN: Tuduhan & Penafian Tanpa Saksi -

Laknat menimpa jika berdusta ketika li'an

KEBELAKANGAN ini banyak timbul isu atau kes di Mahkamah Syariah berkaitan kecurangan suami mahupun isteri dan kesan daripada kecurangan itu menyebabkan kebanyakan daripada mahligai yang dibina musnah atau hancur di pertengahan jalan. Kesan daripada kecurangan itu juga menyebabkan kepercayaan pada pihak suami atau isteri akan tergugat sehingga timbul kes di mana seorang suami sanggup menuduh isterinya melakukan zina atau menafikan kandungan yang dikandung isteri bukan darah dagingnya. Tuduhan seorang suami bahawa isterinya berzina atau menuduh anak yang bakal dilahirkan itu adalah bukan darah dagingnya satu tuduhan yang serius dan amat berat dalam Islam.

Jika berlaku, suami perlu membuktikan isterinya sudah berzina dan ini menjadi beban kepadanya melainkan beliau sendiri nampak dengan mata kepalanya atau dapat mengemukakan saksi di mahkamah yang boleh memberi bukti isterinya melakukan zina. Sebaliknya, jika suami tidak melihat kejadian itu ataupun tiada saksi yang menyaksikan isteri berzina, suami diharuskan oleh hukum syarak untuk menuduh isterinya berzina atau menafikan nasab yang dikandung adalah anaknya dengan cara berli'an.

Li'an adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Li'an adalah jalan terbaik jika suami yakin bahawa anak yang bakal dilahirkan isterinya bukan daripada darah dagingnya. Dengan itu, suami perlu bersumpah di hadapan mahkamah bahawa anak itu bukan anaknya dan jika ia berbohong maka Allah akan melaknatnya. Sumpah dibuat dengan nama Allah dan si suami menyebut: "Saya naik saksi atas nama Allah bahawa isteri saya sudah melakukan zina" atau "Saya naik saksi atas nama Allah bahawa anak yang dikandung bukan dari benih saya."

Sumpah itu hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si suami akan melafazkan: "Sesungguhnya Allah melaknat saya jika saya berdusta" dan sumpah ini hanya diulang sekali saja. Bagaimanapun, tuduhan suami hanya akan bersabit selepas isteri tidak mahu bersumpah. Jika isteri sanggup bersumpah maka segala tuduhan suami dengan sendirinya akan tertolak. Sama seperti suami, isteri perlu bersumpah dan sumpah dibuat dengan nama Allah.

Isteri menyebut: "Saya bersaksi kepada Allah, saya tidak berzina" atau "Saya bersaksi kepada Allah, kandungan ini dari benih suami saya." Sumpah itu juga hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si isteri akan melafazkan: "Bahawa suami saya berdusta, dan kemurkaan Allah ke atas saya jika suami saya bercakap benar" dan sumpah ini hanya diulang sekali saja.

Dari segi hukum syarak, li'an memberi impak besar kepada hubungan suami isteri di mana hubungan mereka sebagai suami isteri akan berakhir dan mereka tidak boleh merujuk semula. Disebabkan ia termasuk dalam kategori bain kubra ia adalah satu bentuk perceraian yang tidak boleh dirujuk sampai bila-bila. Selain daripada itu, anak tidak boleh dinasabkan kepada suami dan hendaklah dinasabkan semata-mata kepada ibunya. Suami juga tidak diwajibkan membayar nafkah anak.

Daripada sudut jinayat syariyah pula, suami akan gugur had qazaf (tidak dikenakan 80 kali sebatan atas tuduhan itu) jika beliau bersumpah, manakala bagi si isteri pula wajib dikenakan had zina (rejam) jika isteri tidak sanggup untuk bersumpah. Allah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina) tetapi mereka tiada mempunyai saksi kecuali dirinya sendiri maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan Allah bahawa ia seorang yang benar.

Dan yang kelima bahawa laknat Allah atas dirinya jika ia dusta. Dan hukuman dapat tertolak dari isteri jika ia bersumpah empat kali dengan Allah bahawa suaminya itu dusta. Dan yang kelima bahawa kemurkaan Allah atas dirinya jika suaminya yang benar." (Surah al-Nur, ayat 6-9)

Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: "Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li'an mengikut hukum syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan, dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya."

Hakikatnya, bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku adalah lebih baik suami tidak terus menuduh isteri berzina jika tiada bukti yang kukuh atau menafikan nasab anak dikandung isterinya. Jika beliau berasakan tiada sefahaman lagi selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan, talak adalah diharuskan dan bukannya terus menuduh dan kemudian berli'an. Allah berfirman yang bermaksud: "Talak itu dua kali, maka hendaklah kamu pegang atau kamu lepaskan." (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah talak." (Hadis riwayat Abu Daud) Berkaitan dengan kandungan pula, jika ingin dinafikan kandungan itu sewajarnya dibuat ujian DNA untuk mengetahui sama ada suami adalah bapa biologi kepada anak itu. Ini penting bagi mengelakkan adanya perasan curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mengikut peruntukan undang-undang, seseorang lelaki boleh berli'an menafikan anak yang lahir daripada bekas isterinya itu sebagai anaknya dalam tempoh empat tahun selepas perceraiannya dengan syarat bekas isteri tidak berkahwin lain dalam tempoh empat tahun itu. Jika lelaki itu tidak berli'an, maka anak hendaklah dinasabkan kepadanya.

Peruntukan ini termaktub dalam seksyen 111 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, 2003 yang memperuntukkan: "Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh dengan cara li'an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah."

Walaupun li'an dibenarkan oleh hukum syarak bagi menjaga nasab serta maruah suami, sewajarnya hendaklah direnung dulu sebelum sebarang tindakan untuk melakukannya dibuat kerana kesan atau impak dari li'an ini amat serius. Masalah akan timbul apabila apa yang dituduh tidak benar, sudah tentu kesan buruk adalah lebih daripada baiknya. Tambahan, laknat Allah akan menimpa jika tuduhan dibuat secara palsu. Ingatlah laknat Allah amat berat dan bukan saja di akhirat malah, di dunia jika Allah mengkehendaki.

Oleh Mohamad Isan Abd Ralip
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Sumber: http://peguamsyarie.blogspot.com

- Zihar: Bukan Mainan -

Zihar ialah tindakan seseorang suami mengharamkan dirinya menyetubuhi isterinya dengan lafaz tertentu.

Contohnya: "Belakangmu seperti belakang ibuku."

Maksudnya ialah haram aku menyetubuhimu seperti haram aku menyetubuhi ibuku.

Sebaliknya jika sisuami berkatamukamu seperti muka ibuku dengan maksud sama dari segi persamaan paras rupa lafaz ini tidak menyebabkan berlakunya zihar. Secara umumnya tidak berlaku hukum zihar dalam masyarakat melayu. Lafaz zihar adalah satu kaedah perceraian dalam masyarakat arab jaahiliyyahIslam telah mewujudkan satu hukum yang lain (zihar) sebagai satu mekanisma membendung perceraian. Si isteri hendaklah mengadu kepada qodhi untuk mempastikan dia mendapat haknya Qodhi akan memberi tempoh sehingga 4 bulan sahajacukup 4 bulan dia hendaklah menceraikan isterinya. Jika dia mahu membatalkan ziharnya dia hendaklah melakukan


1. Memerdekakan seorang hambajika tidak mampu
2. Berpuasa 60 hari berturut-turutjika tidak mampu
3. Memberi makanan asasi kepada fakir atau miskin sebanyak 60 cupak bahgdad

Lafaz zihar hanya menjatuhkan tolak jika diniatkan tolaq (perceraian)jika tidak niat tolaq, jadi zihar hukum zihar haram bersetubuh sehingga bayar kafaarah (3 step diatas). Jika diniatkan menyerupakan rupabentuk, tidak jadi tolaq atau zihar. Macam biasa sahaja.

Sumber: http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/

Thursday, August 14, 2008

- PeRuT : Rumah Penyakit -

Sepertimana yang kita sedia maklum, perut adalah 'rumah' kepada penyakit dan pembersihan usus (colon cleansing) adalah intipati utama dalam perubatan. Cara terbaik ketika makan, komposisi perut perlu dibahagi tiga iaitu satu per tiga untuk makanan, satu pertiga untuk air dan bakinya untuk udara.

Pada zaman yang dilengkapi dengan segala macam mesin yang sofiskated, kita belum bertemu dengan satu alat yang begitu efisien seperti perut. Perut menerima makanan, memproses dan menyebarkannya ke seluruh anggota tubuh. Perut umpama mesin ini bekerja sepanjang masa tanpa henti. Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan kumuhan berbahaya yang disingkirkan melalui proses detoksifikasi semulajadi.

Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi serta makanan berlemak semasa majlis-majlis hari raya boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Ini termasuk kandungan gula meningkat didalam darah (hiperglisemia), pertambahan berat badan dan rasa tidak selesa pada perut.

Sebaik-baiknya, perut perlu di'panas'kan dulu dengan makanan berupa buahan bagi membolehkan proses penghadaman berjalan lancar. Setelah berpuasa, tubuh memerlukan sumber tenaga dalam bentuk glukos untuk setiap sel terutama otak.

Sumber terbaik ialah kurma atau jus kerana kedua-duanya adalah sumber gula ringkas terbaik dan dapat menurunkan glukos dalam darah ketahap munasabah. Perut yang terlalu penuh dengan makanan, boleh membawa banyak masalah kesihatan seperti pernafasan dan tidur. Justeru itu, makanlah makanan secara sederhana dan seimbang. Pengalaman saya membuat diagnosis mengikut kaedah idoriologi, ramai yang menunjukkan simtom pemakanan yang tidak seimbang.

Sabda Rasulullah s.a.w. (mahfumnya) "Perut adalah mahkotamu. Jika usus kamu bersih, nescaya urat darah akan mengalirkan kesihatan. Tetapi, jika usus kamu kotor, nescaya urat darah akan mengalirkan penyakit"
Sumer: Email Dr. Rani, Keluarga 02

Tuesday, August 12, 2008

- ROGOL: Satu Jenayah -

Apakah perbezaan di antara Rogol dan Hubungan Seks?
Rogol adalah perbuatan yang kejam di mana perogol memaksa si mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya. Ia merupakan perbuatan yang bersifat agresif yang bertujuan untuk memalukan dan menguasai si mangsa. Rogol bukanlah seks. Seks melibatkan keizinan bersama pasangan.

Apakah maknanya Rogol Berkanun?
Melakukan hubungan seks dengan seorang gadis yang berumur 16 tahun dan ke bawah dengan atau tanpa izinnya dianggap sebagai rogol berkanun.

Kenapa lelaki merogol?
Satu mitos yang biasa didengar bahawa lelaki tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka. Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenarnya ialah rogol bukan mengenai daya penarik atau nafsu berahi. Ia adalah mengenai kuasa dan pengawalan ke atas si mangsa.

Bagaimanakah Rogol itu berbeza daripada jenayah-jenayah seksual yang lain?
Undang-undang mentakrifkan rogol sebagai penembusan zakar lelaki ke dalam faraj seseorang perempuan dengan tanpa izinnya. Wanita dan lelaki boleh diancam secara seksual dengan cara-cara yang lain seperti seks di luar tabii, liwat serta sentuhan seksual yang tidak wajar. Untuk jenayah-jenayah seperti ini, pesalah boleh didakwa melalui undang-undang di bawah seksyen-seksyen lain, seperti pencabulan, liwat, pencabulan seksual atau percubaan merogol. Jika anda merupakan seorang mangsa jenayah-jenayah tersebut, anda masih boleh membuat laporan polis.

Kenyataan Sebenar bertentang dengan Mitos-mitos berkenaan dengan Rogol

Mitos : Gadis-gadis yang memakai pakaian seksi atau menggoda lelaki akan menyebabkan rogol berlaku.
Kenyataan : Rogol tidak ada kaitan dengan pilihan pakaian seseorang gadis atau cara dia berkelakuan. Ini adalah satu mitos yang dijadikan alasan supaya perogol dapat menyalahkan si mangsa. Orang yang patut dipersalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Kanak-kanak, wanita yang telah berumur dan wanita yang berpakaian sopan atau mereka yang memakai tudung juga pernah dirogol. Rogol bukan mengenai nafsu berahi. Rogol ialah suatu perbuatan jenayah yang ganas di mana seks digunakan sebagai senjata.

Mitos : Kebanyakan wanita dirogol oleh orang yang mereka tidak kenali.
Kenyataan : Statistik daripada pihak polis menunjukkan bahawa cuma ada peratusan yang kecil sahaja kes-kes rogol dilakukan oleh mereka yang tidak mengenali mangsanya. Dalam 80% kes-kes berkenaan, si mangsa kenal perogolnya – dia merupakan seorang kenalan, kawan atau ahli keluarga sendiri. Perogol boleh terdiri daripda sesiapa sahaja.

Mitos : Kebanyakan kes-kes rogol berlaku di lorong-lorong gelap, tempat-tempat sunyi dan tempat-tempat bahaya. Kebanyakan kes-kes rogol berlaku di lorong-lorong gelap, tempat-tempat sunyi dan tempat-tempat bahaya.
Kenyataan : Menurut pihak polis, 69% kes-kes rogol berlaku di rumah kediaman dan bangunan. Kaum wanita masih perlu berwaspada pada waktu malam, di jalan-jalan sunyi atau di tempat-tempat gelap, tetapi mereka juga menghadapi risiko di tempat-tempat lain.

Bolehkah seseorang menjadi hamil atau dijangkiti penyakit kelamin (STD) setelah dirogol?
Jika kondom tidak digunakan semasa rogol berlaku, risiko si mangsa menjadi hamil ataupun dijangkiti penyakit kelamin adalah tinggi. Anda perlu menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan, Bahagian Kemalangan dan Kecemasan, di mana di sana anda juga boleh membuat laporan rogol.

Bolehkah seseorang wanita berkahwin setelah dirogol?
Ya. Seseorang wanita yang pernah dirogol masih boleh berkahwin dan berkongsi hidup dengan seseorang yang dia cintai.

Perlukah seseorang wanita yang telah dirogol berkahwin dengan perogolnya?
Kadang-kadang mungkin terdapat desakan supaya si mangsa berkahwin dengan perogolnya, terutamanya jika dia telah mengandung. Sesiapapun tidak patut dipaksa untuk berkahwin dengan perogolnya. Jika seseorang wanita itu berkahwin dengan perogolnya, ada kemungkinan penganiayaan itu akan berterusan selepas perkahwinan.

Apa harus saya buat jika saya telah dirogol?
Jangan menyucikan diri atau bertukar pakaian, walaupun anda ingin berbuat demikian. Ia akan menghilangkan bukti-bukti yang penting seperti air mani, darah, air liur, rambut dan gentian.

Proses membuat laporan rogol mungkin sukar bagi mangsa-mangsa rogol. Dapatkan seorang kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan dan menemani anda ke hospital dan/atau ke balai polis atau hubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling.

Pergi ke Bahagian Kemalangan & Kecemasan di hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan dengan serta merta.

Doktor akan memeriksa anda untuk mengumpul bukti-bukti. Walaupun anda mungkin merasa tidak selesa, adalah amat penting untuk mendapatkan bukti-bukti rogol dengan secepat mungkin.

Buat laporan polis secepat mungkin.
Kakitangan hospital akan menghubungi pihak polis dan anda boleh membuat laporan di hospital atau jika anda pergi ke balai polis dahulu, seorang polis wanita akan menemani anda ke hospital. Anda boleh membuat laporan polis kemudian tetapi selepas 72 jam, kes rogol itu akan dianggap sebagai "kes lama".

Adakan perbincangan dengan seseorang.
Berbincang dengan seseorang yang anda percayai atau dengan menghubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling adalah sangat penting walaupun anda bercadang tidak mahu pergi ke balai polis. Melalui perbincangan, anda boleh menangani perasaan takut, bimbang dan hilang nilai diri yang sering dialami oleh mangsa gangguan seksual. Pusat Kesedaran Wanita memberi perkhidmatan percuma secara sulit untuk melindungi mangsa-mangsa.

Ingat, rogol bukan kesalahan anda!
Orang yang patut disalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Dengan melaporkan kejadian rogol, anda mungkin menolong wanita-wanita lain daripada disakiti oleh perogol tersebut.

Apakah harus saya buat jika seseorang kawan saya telah dirogol?
Mendengar apa yang diceritakannya.

Mempercayainya. Sangat penting untuk mangsa-mangsa rogol mengetahui bahawa ada orang mempercayai mereka. Kebanyakan orang tidak akan berbohong mengenai diri mereka dirogol.
Nyatakan penghargaan anda kepadanya kerana sudi memberitahu anda. Nyatakan kepadanya bahawa anda faham betapa sukar untuk menceritakan tentang apa yang telah berlaku.
Memberikan sokongan dan keyakinan bahawa ia bukan kesalahannya. Dia bukan penyebab berlakunya rogol dan sesiapapun tidak patut dirogol. Yang bersalah ialah perogol sendiri.
Mendorongnya untuk membuat laporan polis dan/atau menghubungi salah satu pertubuhan wanita seperti Pusat Kesedaran Wanita atau Befrienders untuk mendapatkan kaunseling.
Apakah yang dapat saya lakukan untuk mencegah berlakunya rogol?

Layan wanita dengan rasa hormat.

Mendidik orang di sekeliling anda dengan memperbetulkan mitos-mitos mengenai rogol kepada mereka. Rogol bukan kesalahan si mangsa.

Jangan membuat gurauan seks atau komen-komen terhadap wanita dan jangan bertolak ansur apabila orang lain mengatakannya.

Berikan sokongan anda kepada usaha-usaha Pusat Kesedaran Wanita dan pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain yang berkempen untuk menghentikan keganasan terhadap kaum wanita.

SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

- Diet South Miami Beach -

South Beach Miami, Florida, Amerika Syarikat merupakan wilayah pantai yang sering digambarkan dalam filerm-filerm keluaran Hollywood. Suasana warna-warni di tepi laut yang membiru, pantai yang dipenuhi pelbagai jenis dan ragam manusia merupakan gambaran yang biasa dilihat.

Namun, pernahkah anda tahu mengenai Diet South Beach?

Diet ini dipopularkan oleh Dr.Arthur Agatston, dari Mount Sinai Medical Center, Miami Beach. Pada awalnya, Agatston menyusun menu diet ini untuk pesakit jantungnya. Ternyata, diet yang yang disusun khas untuk pesakit-pesakitnya berhasil dalam menurunkan berat badan sehingga 6kg hanya dalam 2 minggu.

Bagaimana diet ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan? Terdapat 3 tahap dalam Diet South Beach ini. Seperti umumnya, diet tahap pertama adalah tahap yang paling ketat. Ini bermakna, pilihan makanan pada tahap ini sangat terbatas. Selain karbohidrat, anda dibolehkan mengambil makanan yang mempunyai banyak sayuran atau protein. Pada tahap kedua, anda dibolehkan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam jumlah yang wajar. Anda boleh makan nasi pada bila-bila masa yang anda suka. Buah-buahan kembali mengisi menu makanan anda sehari-hari. Anda juga dibenarkan untuk memakan coklat dalam kandungan yang sesuai. Tetapi, pilihlah ?dark chocolate? tanpa tambahan kacang atau karamel yang boleh menggemukkan. Amalkan diet ini sehingga sasaran penurunan berat badan anda tercapai. Setelah tercapai, barulah anda mula diet tahap ketiga. Diet tahap ketiga adalah diet yang paling liberal. Tahap ini hanya dimaksudkan untuk menjaga berat badan yang ideal, dan anda perlu mengamalkannya setiap hari seumur hidup. Jangan risau kerana anda akan semakin membiasakan diri dengan makanan yang diambil dan diet ini akan jadi sebahagian daripada gaya hidup sihat anda. Berikut merupakan contoh menu yang mungkin boleh anda ikuti :-

TAHAP 1

Sarapan :
Jus tomato, telur, 2 potong ?canadian bacon?, kopi atau teh tanpa kafein dengan susu tanpa lemak.

Snek pagi :
keju mozzarella (pilih yang skim)

Makan tengahari :
chicken Caesar salad (tanpa roti kering), sos salad

Snek petang :
tomato cincang dengan ? cawan keju cottage rendah lemak

Makan malam :
stik gindara, salad sayur dengan dressing rendah gula

Pencuci mulut :
pudding dengan gula diet

Makanan yang boleh diambil :-
Daging (potongan tanpa lemak seperti sirloin dan tenderloin dan dada ayam), pelbagai jenis makanan laut dan kerang, keju rendah lemak (cheddar, cottage, ricotta, keju krim) selai kacang, kacang, badam, pistachio, telur, tauhu, tempe, sayur-sayuran (bayam, kangkung, seleri, timun, tomato, buncis), minyak zaitun.

Makanan yang perlu dihindari :- Kepak, peha dan kaki ayam, daging, angsa, jagung, kentang, ubi, semua buah-buahan dan jus buah, makanan bertepung (roti, bijirin, nasi, pasta, pastri, kuih-muih), semua produk tenusu (aiskrim, susu, susu soya, yogurt) dan anggur.

TAHAP 2

Sarapan :
yogurt buah, kopi atau teh tanpa kafein dan pengganti gula

Snek pagi :
telur rebus, buah-buahan

Makan tengahari :
stik ayam, potongan tomato, mentimun dengan bumbu salad

Snek siang :
yogurt buah

Makan malam :
meat loaf, bayam

Pencuci mulut :
potongan lemon dan dua senduk makan keju ricotta

Makanan yang boleh diambil :-
Buah-buahan (epal, strawberi, betik, mangga, anggur, jeruk, pir), susu, yogurt, sedikit makanan daripada tepung (pasta, muffin, roti gandum, bijirin berserat tinggi, nasi merah), ubi, coklat, puding (tanpa lemak)

Makanan yang perlu dihindari :-
Kuih, ubi kentang, nasi putih, kuih kering, jagung, pisang, jus buah, nanas, kismis, tembikai, madu, aiskrim

TAHAP 3

Sarapan :
buah anggur, telur dadar, roti gandum baker, kopi atau teh tanpa kafein

Makan tengahari :
daging lembu panggang, sayur atau salad

Makan malam :
salmon panggang dengan sos salsa, salad sayur dengan sos minyak zaitun

Pencuci mulut :
pir salut coklat

Perkara yang perlu diberi perhatian :-

- minum setidak-tidaknya 8 gelas air putih atau minuman tanpa kafein dalam sehari - kurangkan minuman yang berkafein kepada secawan sehari

- amalkan mengambil multivitamin dan supplement mineral

- amalkan juga mengambil supplement kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat

- KETAWA: mampu kurangkan berat badan?? -

WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.

Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.

Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.

Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, berkata: "Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat."

Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua kilo setahun.

Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.

Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza, termasuk program biasa dan komedi.

Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan. – Agensi

Sunday, August 10, 2008

- Kepercayaan -

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.


Faktor 1 - KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh â€Ëœmenjeratâۉ„¢ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawalPerkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh â€Ëœmengawalâۉ„¢ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - KomitmenKomitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - DiyakiniBila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh â€Ëœmenangkapâۉ„¢ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingiBukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - PersamaanPersamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan â€Ëœbergegarâۉ„¢ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormatiSaling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmmâ€Â¦ hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu â€Ëœpokaiâۉ„¢ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersamaManusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Sumber Artikel : Habib Hj Ibrahim, MKE RESOURCES SDN BHD

- SeKs Ketika HaiD -

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit. Malah, ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam. Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan 'fetihisme' atau 'fetish' kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan yang luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

Thursday, August 7, 2008

- AKaL SeNiPis RaMButNyA -

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wanita engkau insan iStiMeWa..

*****************************
Dari Meja Tuan Rumah:
Aku suka betul dengan puisi ni.. Siapalah gerangan sebenar penulisnya.. Kata² dan bait² perkataan yang begitu membawa makna tersurat dan tersirat..

- Polycystic Ovary Syndrome - PCOS

Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Bagaimana Ia terjadi?

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

- Penjagaan Payudara -

Beberapa tips cara menyihatkan payudara:-

1. MELAKUKAN PEMERIKSAAN payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara adalah beberapa hari setelah berakhirnya haid setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan segera berjumpa doktor.

2. PAYUDARA YANG SIHAT adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan areola, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuh minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar - kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

3. BERLATIH SENAM payudara dan yoga, salah satu cara melatih otot pektoral iaitu dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke atas, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan tersebut sampai 10 kali. Latihan ini bole dilakukan di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengangkat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada. Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulailah duduk dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengn hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian, ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masing 10 kali.

4. MENGURUT payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aromaterapi adalah lebih efektif, kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

POSISI TIDUR
1. Tidur dengan penyangga
Jika ukuran payudara anda besar, tidak salah jika anda memakai bra ketika tidru. tapi pastikan anda memilih bra dari kain yang selesa. selain itu pilih bra yang tidak berdawai kerana ia boleh menekan kulit sewaktu anda tidur dalam posisi terlungkup.

2. Terlentang atau mengiring
Tidur terlungkup sekali sekala tidak menjadi masalah. jika ia menjadi kebiasaan maka jaringan atau struktur dalam payudara anda akan turut tertekan. oleh itu lebih baik anda memilih tidur terlentang atau berbaring di satu sisi dengan bantal sebagai penyangga payudara anda.

- 7 Punca Diet Anda Gagal -

Anda sudah mengurangkan makan nasi, tidak lagi makan malam. Tidak juga menjamah coklat dan makanan kering kegemaran anda, tapi berat badan tak juga turun. Jika ini berlaku pasti ada yang tidak kena dengan cara anda berdiet. Kegagalan ini tentunya disebabkan oleh pelbagai perkara.

Inilah beberapa punca mengapa usaha anda untuk menurunkan berat badan gagal dan jawapan untuk mengatasinya :-

1) Pengambilan lemak berlebihan


Tidak dapat dinafikan, makanan yang mengandungi lemak lebih lazat dan sedap. Tidak hairan anda sukar menghadkan pengambilan hingga 30 peratus sahaja makanan jenis ini. Kajian menunjukkan seamkain banyak anda mengambil lemak, semakin kurang anda menyerap zat makanan yang lain dan mendorong penambahan berat badan.

Saranan :
secara umumnya, semakin sedikit anda memproses makanan, semakin rendahlah kandungan lemak didalamnya. Seabik-baiknya anda memilih makanan yang dipanggang daripada yang digoreng. Hadkan makanan manis yang kaya lemak. Jika anda membeli makanan yang sudah dipaketkan, perhatikan kandungan lemak pada labelnya. Pilih makaan yang kandungan lemaknya tidak lebih dari 3gm per 100 kalori.

2) Jarang bersarapan

Sekiranya anda tidak bersarapan kerana mahu mengelakkan gemuk, bermakna strategi anda itu salah. Tahukah tanpa sarapan, tubuh akan terasa amat lapar hingga mengakibatkan nafsu makan semakin besar apabila tiba masa makan tengahari. Kajian di barat menunjukkan, orang yang bersarapan dengan bijirin setiap pagi akan lebih cergas dan mempunyai tingkahlaku lebih positif.

Saranan :-
Biasakan sarapan. Bekerja dengan perut kosong menyukarkan anda memberi tumpuan pada pekerjaan. Hindari makanan yang manis-manis kerana makanan ini membuat anda berasa terlalu kenyang dan mengantuk. Pilih sarapan yang mempunyai karbohidrat seimbang. Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah dan membuat anda terasa kenyang hingga waktu makan tengahari.

3) Tidak pernah mencatat
Sebahagian besar daripada kita merasakan tidak penting untuk mencatat setiap makanan yang kita makan. Samada makanan yang berkhasiat atau sebaliknya.

Saranan :-
Buatlah sebuah diari diet, iaitu dengan mencatatkan pengambilan makanan harian anda. Dengan catatan ini, anda akan lebih berhati-hati setiap kali ingin memilih makanan. Diari tersebut juga akan membantu anda menunjukkan dengan tepat situasi yang menyebabkan anda ingin makan. Ia juga boleh membantu anda untuk membezakan anda makan kerana keperluan atau kerana nafsu.

4) Ketagihan gula
Boleh dikatakan semua orang suka gula. Tidak lengkap makanan tanpa gula terutama teh dan kopi. Dan ternyata rasa manis merupakan pengukur penting yang mempengaruhi tahap kegemaran pengguna terhadap sesuatu produk. Dan kebanyakan makanan sihat seperti yoghurt dan oatmeal juga mengandungi banyak gula.

Saranan :-
Jangan amalkan makanan manis-manis sebagai pencuci mulut setiap kali selesai makan. Makan makanan jenis ini hanya sekali seminggu. Baca label nutrient untuk menghadkan penggunaan gula seabgai bahan utamanya. Selain itu cuba elakkan makanan yang dianggap sihat tetapi sebenarnya mengandungi banyak gula. Kurangkan minum minuman bersoda atau gantikan dengan minuman bersoda bebas gula.

5) Makan kekacang
Kacang soya, kacang merah, kacang buncis, kacang tanah dan seumpamanya adalah jenis makanan yang rendah lemak, mengenyangkan, kaya serat, protein dan karbohidrat. Makanan jenis ini juga mengandungi nutrient yang baik untuk wanita.

Saranan :-
Tambahkan jumlah pengambilan kekacang dan biji-bijian ini. Amalkan selalu dan beri kesempatan pada tubuh anda menambah serat. Jika tidak mahu memasak sendiri , anda boleh membelinya di kedai tetapi perhatikan kadar sodium, garam dan cara pengolahannya.

6) Pengambilan kalsium
Anda pasti sudah mengetahui betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang dalam mencegah osteoporosis. Kajian yang dibuat di Creighton University Osteoporosis Research Center, mendapati makanan kaya kalsium mapu mengawal kejadian overweight hingga 70 peratus. Namun sayangnya, ramai di antara kita yang tidak suka makanan mahupun minuman yang berkalsium. Malahan ada yang menggantikan susu dengan makan keju tinggi lemak.

Saranan :-
Minumlah dua gelas susu rendah lemak setiap hari. Dengan cara ini anda menyelamatkan tulang daripada rapuh, sementara zatnya memadai untuk mengalas perut dengan bahan rendah kalori. Anda boleh minum soya jika tidak begitu gemarkan susu biasa.

7) Kurang serat
Dibandingkan makan buah-buahan, sayur-sayuran atau produk gandum yang kaya serat, karbohidrat, vitamin dan mineral, anda mungkin lebih sukakan kek, atau kuih, yang biasanya dibuat daripada lemak, gula, garam dan bahan additive. Sedangkan bahan bersumber daripada tepung gandum ini merupakan salah satu sumber lemak tepu terbanyak dalam diet kita.

Saranan :-
Anda boleh menggantikan roti putih, mi atau kek dengan roti whole grain, bijirin atau pasta. Supaya rasanya lebih lazat, anda boleh mencampurkan bijirin dengan buah-buahan segar. SELAMAT BERDIET..

- StResS & Diet -

Diet yang telah anda jalani beberapa minggu ini belum dapat membuatkan jarum timbangan bergerak turun. Kesal? Itu pasti...Tapi, ada baiknya anda segera menyelidik terlebih dahulu masalah anda, agar tidak dihantui dengan kekesalan selama-lamanya. Cuba ingat, mungkin ada perkara yang anda telah abaikan.

Cuba jawab dengan jujur, apakah saat ini anda sedang stress atau berasa bersalah kerana gagal mendapatkan hasil yang baik daripada program diet anda? Apakah anda menghadapi masalah keluarga, masalah dengan pasangan atau masalah pekerjaan yang pelik? Jika jawapan anda 'Ya', mahu tidak mahu keadaan tersebut mempunyai penyebab yang paling besar terhadap gagalnya program diet yang sedang anda jalani sekarang.

Secara psikologi, seseorang yang sedang mengalami stress akan berperilaku berbeza dari hari-hari biasa. Misalnya, ada orang yang kehilangan selera makan kerana stress. Atau sebaliknya. Ada juga individu yang gemar makan ketika stress. Hasil kajian yangtelah dilakukan menunjukkan, saat mengalami stress, wanita cenderung makan lebih banyak makanan. Keadaan ini sebenarnya merosakkan program diet mereka tanpa mereka sedari. Secara biologi, ada sejenis hormon yang berhubungan dengan stress, iaitu kortisol.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahawa jika seseorang sedang dalam keadaan stress, kadar kortisol dalam darahnya akan meningkat. Keadaan ini membuatkan anda ingin makan terus, dan menyebabkan pengumpulan lemak pada rongga perut (visceral fat). Pengumpulan lemak di sekitar perut, cukup berbahaya. Keadaan ini boleh menyebabkan berbagai gangguan kesihatan seperti kolestrol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta diabetes. Jadi, agar program diet anda berjalan dengan lancar tanpa gangguan, berusahalah untuk berfikir secara positif. Pasti anda kecewa bukan jika selepas penat-penat berdiet, hasilnya tidak membanggakan. Oleh itu, belajarlah untuk menangani stress.

Wednesday, August 6, 2008

- Penjagaan VaGiNa -

Berbicara soal alat sulit wanita atau vagina, memang agak terasa janggal jika dilakukan secara terbuka. Namun, dalam masa yang sama, persoalan demi persoalan sering dibangkitkan atas faktor kesihatan dan keharmonian rumahtangga. Dilema ini bukan sahaja menghantui satu atau dua orang wanita sahaja, tetapi semua wanita terutama mereka yang bercadang ingin berkahwin, isteri dan ibu kepada beberapa orang anak.

Apa yang dimaksudkan dengan vagina umph!? Adakah ia menjurus kepada soal "kerapatan", kesihatan, bentuk atau ciri-ciri istimewa lain yang ingin dimiliki oleh wanita dan dirasai oleh lelaki? Jawapan kepada soalan ini sangat luas dan subjektif. Ada wanita yang tidak memberikan sepenuh perhatian kepada penjagaan vagina dan ada yang terlalu taksub akan kehebatan alat sulitnya ini. Walaupun wujud kedua-dua jenis golongan wanita di atas, vagina tetap satu. Yang membezakannya ialah mana yang lebih sihat dan mana yang sering "sakit-sakit".

Seorang bidan kampung ada menyebut, "kesihatan wanita terletak pada 'nyawa' di bawah tu." Manakala ada seorang bidan muda pula menyatakan, vagina perlu dipelihara seperti menjaga sekuntum bunga yang sedang mekar. Jika tidak disirami dan dibaja, ia akan layu dan pokok tidak akan berseri lagi.

Maksudnya di sini, wanita perlu menjaga kesihatan dan kebersihan alat sulit mereka. Vagina diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang kembang mekar, jika wanita gagal memastikan kesihatan vagina, badan turut mendapat implikasi. Misalnya, badan lebih cepat letih, nampak tua dan tidak cergas.

Walau bagaimanapun, soal vagina tidak hanya tertumpu pada kesihatan dan kebersihan sahaja. Tetapi, yang lebih dianggap penting adalah saiz salah satu organ wanita ini. Walaupun tiada siapa tahu sejauh mana saiz vagina setiap wanita, tetapi ramai beranggapan bahawa wanita yang masih dara mempunyai vagina "sempit" manakala wanita yang sudah bersuami dan beranak memiliki vagina yang agak longgar. Adakah ini benar? TIDAK SEMESTINYA!!

Perlu diingatkan bahawa kepuasan hubungan kelamin bukan bergantung pada saiz atau rupa bentuk alat kelamin semata-mata. Sebaliknya penjagaan kebersihan dan mahir teknik-teknik tertentu hubungan kelamin akan membantu memberikan kepuasan kepada pasangan suami isteri.

Walau bagaimanapun, rata-rata wanita mengidamkan vagina sempit. "elok untuk kepuasan suami," kata S yang sudah lima tahun bergelar isteri. Oleh itu, wanita sanggup melakukan apa sahaja agar vagina kembali sempit seperti anak dara. Misalnya mencuba pelbagai produk, senaman dan yang lebih berkemampuan melakukan pembedahan agar memiliki vagina idaman. Bagaimanapun di Malaysia, pembedahan vagina tidak begitu popular kerana ia melibatkan kos yang mahal.

Sejak dahulu lagi, orang-orang tua sudah banyak menurunkan petua berguna untuk keharmonian rumah tangga. Salah satu petua untuk menyempitkan vagina ialah menggunakan buah manjakani yang berbentuk bulat seperti buah langsat muda dan keras. Air rendaman buah manjakani ini boleh diminum atau disapu pada bibir vagina untuk mengetatkannya. Selain itu, terdapat juga amalan memakan pucuk betik. Masyarakat Kemboja pula mengamalkan memakan anak kerengga.

Selain pemakanan, lubang vagina boleh diperbaiki dengan cara senaman. Antara senaman yang popular adalah senaman lantai pelvik dan senaman kenutan. Senaman lantai pelvik biasanya mengambil masa 10 minit satu sesi. Kedudukan senaman, anda perlu berbaring lurus menelentang, kepit kedua-dua belah kaki dan mulakan kenutan pada bahagian vagina berulang-ulang.

jika anda tiada masa untuk melakukan senaman tersebut, anda boleh mengamalkan senaman kemutan. Ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu mengawak posisi badan. Lakukannya sama seperti anda menahan kencing. Semakin kerap anda lakukan, semakin kuat otot vagina. Kemampuan otot vagina inilah sebenarnya kunci kepada kenikmatan hubungan kelamin. Otot inilah yang akan memainkan peranan untuk melakukan kemutan agar vagina terasa rapat.
Walaupun vagina tidak ditunjukkan secara terang-terangan, namun "cahaya" vagina dapat dipancarkan melalui wajah seseorang. Oleh yang demikian, pastikan anda benar-benar menjaga "kuntum bunga" yang sedang mekar ini agar sentiasa ceria dan cergas.

Tuesday, August 5, 2008

- Sindrom Ketika Haid -

ADA orang berkata, haid atau datang bulan adalah waktu ‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk.

Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan rahim daripada sperma dan bakteria. Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan keturunan. Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12 tahun.

Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan hingga 16 tahun. Ketika bayi perempuan dilahirkan dia sebenarnya mempunyai semua telur (dianggarkan antara 450,000 hingga 500,000) yang disimpan dalam ovari. Setiap satu mempunyai kantung khas dipanggil folikel.

Apabila baligh, badan akan menghasilkan pelbagai jenis hormon yang mematangkan telur dan inilah permulaan kitaran haidnya. Folikel yang matang akan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen bertanggungjawab menjadikan dinding uterus menebal, menyebabkan perubahan mukus (lendir) serviks. Ketika haid, satu telur akan dikeluarkan.

Ada juga kes telur dikeluarkan yang membolehkan seseorang wanita mendapat bayi kembar tidak seiras jika berlaku persenyawaan. Satu lapisan dinding dalam rahim (endometrium) akan terbentuk sebagai tempat telur yang tersenyawa melekat bagi membolehkan kehamilan. Jika persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid. Inilah permulaan kitaran haid yang biasanya mengambil masa seminggu.

Bagi wanita Islam, pendarahan yang berlaku selepas 15 hari tidak lagi dianggap haid, sebaliknya istihadah (darah penyakit). Kitaran ini akan berulang setiap bulan (dalam tempoh 28 hari) sehingga semua telur habis dikeluarkan (menopaus). Sebaiknya tandakan tarikh permulaan dan tamat haid. Lakukan beberapa bulan supaya anda boleh membuat satu carta bagi memastikan tempoh kitaran haid. Ini membolehkan anda mengesan jika berlaku kelewatan haid yang mungkin disebabkan penyakit atau kehamilan. Malah, pakar perubatan juga akan merujuk kepada carta ini untuk menentukan tarikh kelahiran anak.

Berapa banyak darah yang keluar? Kajian mendapati wanita hilang antara satu hingga dua auns (suku hingga tiga suku cawan) yang mengandungi darah (termasuk zat besi), sel mati dan lendir. Kehilangan zat besi menyebabkan ramai wanita mudah berasa penat ketika haid.

Ada yang menyarankan supaya wanita mengambil pil makanan tambahan zat besi untuk mengatasi masalah ini. Ramai wanita bimbang dengan bau darah haid. Ia disebabkan aktiviti bakteria faraj terhadap elemen darah dan ia adalah perkara normal. Justeru, tidak kira berapa teliti pun seseorang itu menjaga kebersihan dirinya, bau darah tetap ada.

Lain wanita, lain pengalaman haidnya. Ia boleh berlaku sebelum (dipanggil sindrom pra haid atau PMS), ketika dan selepas haid. Antara masalah yang kerap berlaku termasuk sakit perut (senggugut), sakit kepala dan belakang badan, kembung, mual, cirit-birit, sakit pada payu dara, berasa tidak selesa dan perubahan emosi. Sindrom pra haid termasuk perubahan emosi, sakit kepala dan keletihan.

Ada sesetengah wanita menginginkan makanan seperti coklat, roti, pastri atau mi. Ia disebabkan tindak balas insulin terhadap perubahan hormon yang mengesan kekurangan paras gula dalam darah. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet seimbang.

Ada juga wanita mengalami masalah nyeri berkala, iaitu lebam pada mana-mana bahagian badan tanpa sebarang sebab. Saintis percaya ia ada kaitan dengan paras estrogen yang rendah sebelum haid. Estrogen juga berfungsi untuk menguatkan dinding kapilari (saluran halus darah) dan kekurangan hormon ini menyebabkan kapilari menjadi lemah. Akibatnya warna kulit mudah berubah ketika haid. Selain itu, sakit perut atau senggugut adalah masalah paling lazim.
Ada dua bentuk senggugut, sama ada sakit memulas (spasmodik yang disebabkan tindakan prostaglandin pada otot) atau konjestif (akibat pengumpulan air dan garam dalam badan). Untuk mengatasinya, ada penyelidik mencadangkan supaya makan makanan yang kaya asid linoleik seperti sayur-sayuran dan ikan untuk merehatkan otot.


Bagi sakit perut konjestif pula, wanita disaran mengelak mengambil produk susu, kafein dan alkohol.

Selain itu ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi senggugut, seperti:

- Bersenam. Ia melancarkan aliran darah dan oksigen terutama pada pelviks.

- Jangan gunakan tampon, sebaliknya gunakan tuala wanita biasa. pElakkan makan daging merah, makanan berlemak dan susu.

- Makan banyak sayur-sayuran, terutama bagi wanita yang mengalami masalah sembelit ketika haid.

- Elakkan minuman mengandungi kafein kerana ia mengetatkan salur darah dan meningkatkan tekanan.

- Urut.

- Minum teh bercampur halia.

- Baring, berehat dan tenangkan fikiran, terutama jika anda turut mengalami sakit belakang.

- Tuam bahagian perut dengan meletakkan pek panas atau tuala panas. Ia dapat melegakan kesakitan.

Salam..


Salam buat semua yg melawat ke sini..

Blog ini aku wujudkan khas untuk mengumpulkan semua maklumat² dan info-info yang aku rasakan berguna untuk dikongsi bersama semua.. anda wanita-wanita di luar sana. Semoga dengan wujudnya blog ini memberi manfaat buat kita bersama.

Pandangan dan komen berguna dari anda amatlah dialu-alukan demi menambah-baikkan blog ini. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang artikel atau sebarang tulisan khas mengenai wanita boleh berhubung terus denganku. Kecil tapak tangan lapangan terbang aku tadahkan... ;)

Sekian...

Perjalanan ini baru bermula....