Tuesday, August 12, 2008

- Diet South Miami Beach -

South Beach Miami, Florida, Amerika Syarikat merupakan wilayah pantai yang sering digambarkan dalam filerm-filerm keluaran Hollywood. Suasana warna-warni di tepi laut yang membiru, pantai yang dipenuhi pelbagai jenis dan ragam manusia merupakan gambaran yang biasa dilihat.

Namun, pernahkah anda tahu mengenai Diet South Beach?

Diet ini dipopularkan oleh Dr.Arthur Agatston, dari Mount Sinai Medical Center, Miami Beach. Pada awalnya, Agatston menyusun menu diet ini untuk pesakit jantungnya. Ternyata, diet yang yang disusun khas untuk pesakit-pesakitnya berhasil dalam menurunkan berat badan sehingga 6kg hanya dalam 2 minggu.

Bagaimana diet ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan? Terdapat 3 tahap dalam Diet South Beach ini. Seperti umumnya, diet tahap pertama adalah tahap yang paling ketat. Ini bermakna, pilihan makanan pada tahap ini sangat terbatas. Selain karbohidrat, anda dibolehkan mengambil makanan yang mempunyai banyak sayuran atau protein. Pada tahap kedua, anda dibolehkan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam jumlah yang wajar. Anda boleh makan nasi pada bila-bila masa yang anda suka. Buah-buahan kembali mengisi menu makanan anda sehari-hari. Anda juga dibenarkan untuk memakan coklat dalam kandungan yang sesuai. Tetapi, pilihlah ?dark chocolate? tanpa tambahan kacang atau karamel yang boleh menggemukkan. Amalkan diet ini sehingga sasaran penurunan berat badan anda tercapai. Setelah tercapai, barulah anda mula diet tahap ketiga. Diet tahap ketiga adalah diet yang paling liberal. Tahap ini hanya dimaksudkan untuk menjaga berat badan yang ideal, dan anda perlu mengamalkannya setiap hari seumur hidup. Jangan risau kerana anda akan semakin membiasakan diri dengan makanan yang diambil dan diet ini akan jadi sebahagian daripada gaya hidup sihat anda. Berikut merupakan contoh menu yang mungkin boleh anda ikuti :-

TAHAP 1

Sarapan :
Jus tomato, telur, 2 potong ?canadian bacon?, kopi atau teh tanpa kafein dengan susu tanpa lemak.

Snek pagi :
keju mozzarella (pilih yang skim)

Makan tengahari :
chicken Caesar salad (tanpa roti kering), sos salad

Snek petang :
tomato cincang dengan ? cawan keju cottage rendah lemak

Makan malam :
stik gindara, salad sayur dengan dressing rendah gula

Pencuci mulut :
pudding dengan gula diet

Makanan yang boleh diambil :-
Daging (potongan tanpa lemak seperti sirloin dan tenderloin dan dada ayam), pelbagai jenis makanan laut dan kerang, keju rendah lemak (cheddar, cottage, ricotta, keju krim) selai kacang, kacang, badam, pistachio, telur, tauhu, tempe, sayur-sayuran (bayam, kangkung, seleri, timun, tomato, buncis), minyak zaitun.

Makanan yang perlu dihindari :- Kepak, peha dan kaki ayam, daging, angsa, jagung, kentang, ubi, semua buah-buahan dan jus buah, makanan bertepung (roti, bijirin, nasi, pasta, pastri, kuih-muih), semua produk tenusu (aiskrim, susu, susu soya, yogurt) dan anggur.

TAHAP 2

Sarapan :
yogurt buah, kopi atau teh tanpa kafein dan pengganti gula

Snek pagi :
telur rebus, buah-buahan

Makan tengahari :
stik ayam, potongan tomato, mentimun dengan bumbu salad

Snek siang :
yogurt buah

Makan malam :
meat loaf, bayam

Pencuci mulut :
potongan lemon dan dua senduk makan keju ricotta

Makanan yang boleh diambil :-
Buah-buahan (epal, strawberi, betik, mangga, anggur, jeruk, pir), susu, yogurt, sedikit makanan daripada tepung (pasta, muffin, roti gandum, bijirin berserat tinggi, nasi merah), ubi, coklat, puding (tanpa lemak)

Makanan yang perlu dihindari :-
Kuih, ubi kentang, nasi putih, kuih kering, jagung, pisang, jus buah, nanas, kismis, tembikai, madu, aiskrim

TAHAP 3

Sarapan :
buah anggur, telur dadar, roti gandum baker, kopi atau teh tanpa kafein

Makan tengahari :
daging lembu panggang, sayur atau salad

Makan malam :
salmon panggang dengan sos salsa, salad sayur dengan sos minyak zaitun

Pencuci mulut :
pir salut coklat

Perkara yang perlu diberi perhatian :-

- minum setidak-tidaknya 8 gelas air putih atau minuman tanpa kafein dalam sehari - kurangkan minuman yang berkafein kepada secawan sehari

- amalkan mengambil multivitamin dan supplement mineral

- amalkan juga mengambil supplement kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat

No comments: