Thursday, August 7, 2008

- 7 Punca Diet Anda Gagal -

Anda sudah mengurangkan makan nasi, tidak lagi makan malam. Tidak juga menjamah coklat dan makanan kering kegemaran anda, tapi berat badan tak juga turun. Jika ini berlaku pasti ada yang tidak kena dengan cara anda berdiet. Kegagalan ini tentunya disebabkan oleh pelbagai perkara.

Inilah beberapa punca mengapa usaha anda untuk menurunkan berat badan gagal dan jawapan untuk mengatasinya :-

1) Pengambilan lemak berlebihan


Tidak dapat dinafikan, makanan yang mengandungi lemak lebih lazat dan sedap. Tidak hairan anda sukar menghadkan pengambilan hingga 30 peratus sahaja makanan jenis ini. Kajian menunjukkan seamkain banyak anda mengambil lemak, semakin kurang anda menyerap zat makanan yang lain dan mendorong penambahan berat badan.

Saranan :
secara umumnya, semakin sedikit anda memproses makanan, semakin rendahlah kandungan lemak didalamnya. Seabik-baiknya anda memilih makanan yang dipanggang daripada yang digoreng. Hadkan makanan manis yang kaya lemak. Jika anda membeli makanan yang sudah dipaketkan, perhatikan kandungan lemak pada labelnya. Pilih makaan yang kandungan lemaknya tidak lebih dari 3gm per 100 kalori.

2) Jarang bersarapan

Sekiranya anda tidak bersarapan kerana mahu mengelakkan gemuk, bermakna strategi anda itu salah. Tahukah tanpa sarapan, tubuh akan terasa amat lapar hingga mengakibatkan nafsu makan semakin besar apabila tiba masa makan tengahari. Kajian di barat menunjukkan, orang yang bersarapan dengan bijirin setiap pagi akan lebih cergas dan mempunyai tingkahlaku lebih positif.

Saranan :-
Biasakan sarapan. Bekerja dengan perut kosong menyukarkan anda memberi tumpuan pada pekerjaan. Hindari makanan yang manis-manis kerana makanan ini membuat anda berasa terlalu kenyang dan mengantuk. Pilih sarapan yang mempunyai karbohidrat seimbang. Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah dan membuat anda terasa kenyang hingga waktu makan tengahari.

3) Tidak pernah mencatat
Sebahagian besar daripada kita merasakan tidak penting untuk mencatat setiap makanan yang kita makan. Samada makanan yang berkhasiat atau sebaliknya.

Saranan :-
Buatlah sebuah diari diet, iaitu dengan mencatatkan pengambilan makanan harian anda. Dengan catatan ini, anda akan lebih berhati-hati setiap kali ingin memilih makanan. Diari tersebut juga akan membantu anda menunjukkan dengan tepat situasi yang menyebabkan anda ingin makan. Ia juga boleh membantu anda untuk membezakan anda makan kerana keperluan atau kerana nafsu.

4) Ketagihan gula
Boleh dikatakan semua orang suka gula. Tidak lengkap makanan tanpa gula terutama teh dan kopi. Dan ternyata rasa manis merupakan pengukur penting yang mempengaruhi tahap kegemaran pengguna terhadap sesuatu produk. Dan kebanyakan makanan sihat seperti yoghurt dan oatmeal juga mengandungi banyak gula.

Saranan :-
Jangan amalkan makanan manis-manis sebagai pencuci mulut setiap kali selesai makan. Makan makanan jenis ini hanya sekali seminggu. Baca label nutrient untuk menghadkan penggunaan gula seabgai bahan utamanya. Selain itu cuba elakkan makanan yang dianggap sihat tetapi sebenarnya mengandungi banyak gula. Kurangkan minum minuman bersoda atau gantikan dengan minuman bersoda bebas gula.

5) Makan kekacang
Kacang soya, kacang merah, kacang buncis, kacang tanah dan seumpamanya adalah jenis makanan yang rendah lemak, mengenyangkan, kaya serat, protein dan karbohidrat. Makanan jenis ini juga mengandungi nutrient yang baik untuk wanita.

Saranan :-
Tambahkan jumlah pengambilan kekacang dan biji-bijian ini. Amalkan selalu dan beri kesempatan pada tubuh anda menambah serat. Jika tidak mahu memasak sendiri , anda boleh membelinya di kedai tetapi perhatikan kadar sodium, garam dan cara pengolahannya.

6) Pengambilan kalsium
Anda pasti sudah mengetahui betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang dalam mencegah osteoporosis. Kajian yang dibuat di Creighton University Osteoporosis Research Center, mendapati makanan kaya kalsium mapu mengawal kejadian overweight hingga 70 peratus. Namun sayangnya, ramai di antara kita yang tidak suka makanan mahupun minuman yang berkalsium. Malahan ada yang menggantikan susu dengan makan keju tinggi lemak.

Saranan :-
Minumlah dua gelas susu rendah lemak setiap hari. Dengan cara ini anda menyelamatkan tulang daripada rapuh, sementara zatnya memadai untuk mengalas perut dengan bahan rendah kalori. Anda boleh minum soya jika tidak begitu gemarkan susu biasa.

7) Kurang serat
Dibandingkan makan buah-buahan, sayur-sayuran atau produk gandum yang kaya serat, karbohidrat, vitamin dan mineral, anda mungkin lebih sukakan kek, atau kuih, yang biasanya dibuat daripada lemak, gula, garam dan bahan additive. Sedangkan bahan bersumber daripada tepung gandum ini merupakan salah satu sumber lemak tepu terbanyak dalam diet kita.

Saranan :-
Anda boleh menggantikan roti putih, mi atau kek dengan roti whole grain, bijirin atau pasta. Supaya rasanya lebih lazat, anda boleh mencampurkan bijirin dengan buah-buahan segar. SELAMAT BERDIET..

No comments: