Wednesday, August 6, 2008

- Penjagaan VaGiNa -

Berbicara soal alat sulit wanita atau vagina, memang agak terasa janggal jika dilakukan secara terbuka. Namun, dalam masa yang sama, persoalan demi persoalan sering dibangkitkan atas faktor kesihatan dan keharmonian rumahtangga. Dilema ini bukan sahaja menghantui satu atau dua orang wanita sahaja, tetapi semua wanita terutama mereka yang bercadang ingin berkahwin, isteri dan ibu kepada beberapa orang anak.

Apa yang dimaksudkan dengan vagina umph!? Adakah ia menjurus kepada soal "kerapatan", kesihatan, bentuk atau ciri-ciri istimewa lain yang ingin dimiliki oleh wanita dan dirasai oleh lelaki? Jawapan kepada soalan ini sangat luas dan subjektif. Ada wanita yang tidak memberikan sepenuh perhatian kepada penjagaan vagina dan ada yang terlalu taksub akan kehebatan alat sulitnya ini. Walaupun wujud kedua-dua jenis golongan wanita di atas, vagina tetap satu. Yang membezakannya ialah mana yang lebih sihat dan mana yang sering "sakit-sakit".

Seorang bidan kampung ada menyebut, "kesihatan wanita terletak pada 'nyawa' di bawah tu." Manakala ada seorang bidan muda pula menyatakan, vagina perlu dipelihara seperti menjaga sekuntum bunga yang sedang mekar. Jika tidak disirami dan dibaja, ia akan layu dan pokok tidak akan berseri lagi.

Maksudnya di sini, wanita perlu menjaga kesihatan dan kebersihan alat sulit mereka. Vagina diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang kembang mekar, jika wanita gagal memastikan kesihatan vagina, badan turut mendapat implikasi. Misalnya, badan lebih cepat letih, nampak tua dan tidak cergas.

Walau bagaimanapun, soal vagina tidak hanya tertumpu pada kesihatan dan kebersihan sahaja. Tetapi, yang lebih dianggap penting adalah saiz salah satu organ wanita ini. Walaupun tiada siapa tahu sejauh mana saiz vagina setiap wanita, tetapi ramai beranggapan bahawa wanita yang masih dara mempunyai vagina "sempit" manakala wanita yang sudah bersuami dan beranak memiliki vagina yang agak longgar. Adakah ini benar? TIDAK SEMESTINYA!!

Perlu diingatkan bahawa kepuasan hubungan kelamin bukan bergantung pada saiz atau rupa bentuk alat kelamin semata-mata. Sebaliknya penjagaan kebersihan dan mahir teknik-teknik tertentu hubungan kelamin akan membantu memberikan kepuasan kepada pasangan suami isteri.

Walau bagaimanapun, rata-rata wanita mengidamkan vagina sempit. "elok untuk kepuasan suami," kata S yang sudah lima tahun bergelar isteri. Oleh itu, wanita sanggup melakukan apa sahaja agar vagina kembali sempit seperti anak dara. Misalnya mencuba pelbagai produk, senaman dan yang lebih berkemampuan melakukan pembedahan agar memiliki vagina idaman. Bagaimanapun di Malaysia, pembedahan vagina tidak begitu popular kerana ia melibatkan kos yang mahal.

Sejak dahulu lagi, orang-orang tua sudah banyak menurunkan petua berguna untuk keharmonian rumah tangga. Salah satu petua untuk menyempitkan vagina ialah menggunakan buah manjakani yang berbentuk bulat seperti buah langsat muda dan keras. Air rendaman buah manjakani ini boleh diminum atau disapu pada bibir vagina untuk mengetatkannya. Selain itu, terdapat juga amalan memakan pucuk betik. Masyarakat Kemboja pula mengamalkan memakan anak kerengga.

Selain pemakanan, lubang vagina boleh diperbaiki dengan cara senaman. Antara senaman yang popular adalah senaman lantai pelvik dan senaman kenutan. Senaman lantai pelvik biasanya mengambil masa 10 minit satu sesi. Kedudukan senaman, anda perlu berbaring lurus menelentang, kepit kedua-dua belah kaki dan mulakan kenutan pada bahagian vagina berulang-ulang.

jika anda tiada masa untuk melakukan senaman tersebut, anda boleh mengamalkan senaman kemutan. Ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu mengawak posisi badan. Lakukannya sama seperti anda menahan kencing. Semakin kerap anda lakukan, semakin kuat otot vagina. Kemampuan otot vagina inilah sebenarnya kunci kepada kenikmatan hubungan kelamin. Otot inilah yang akan memainkan peranan untuk melakukan kemutan agar vagina terasa rapat.
Walaupun vagina tidak ditunjukkan secara terang-terangan, namun "cahaya" vagina dapat dipancarkan melalui wajah seseorang. Oleh yang demikian, pastikan anda benar-benar menjaga "kuntum bunga" yang sedang mekar ini agar sentiasa ceria dan cergas.

No comments: